Pas Sahaja Yang Menentang RUU164

August 11, 2017 by Caspian

Category: politik

Idris Ahmad

Pas menegaskan parti tersebut masih lagi memegang dasar Islam mereka dan bangun membantah Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2016 (RUU164).

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata sikap Pas adalah jelas dan kekal matang, rasional, istiqamah, berhikmah, berilmu dalam tindakan.

“Walaupun RUU 164 dibawa oleh Kerajaan, 13 Ahli Parlimen Pas menentang, namun sayang kerana peraturan dewan menetapkan mesti ada 15 orang baru boleh dikira undi belah bahagi.

“Sikap Pas adalah jelas, jika baik untuk Islam maka kita akan sokong tidak kira siapa yang bawa usul, kalau sebaliknya, Pas akan tentang walaupun dibawa oleh Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Kerajaan menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 untuk menarik semula RUU 164.

[ARTIKEL BERKAITAN: RUU 164 baharu akan dibentang esok]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis dimana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat.

Sementara itu, Idris Ahmad turut memperjelaskan bahawa tidak timbul isu pas ber UG dengan Umno apabila sokong RUU 355.

“Nasihat saya pada ahli Pas, janganlah kita terlajak ‘cerdik’ menuduh mereka yang menyokong RUU 164 telah makan dedak Umno/BN.

“Seperti mana yang selalu dituduh kepada Pas, biarlah mereka kata kita. Buktikan dengan amalan dan selagi kita pegang dengan Islam, kita tenang dengan semua keadaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1138430Total visitors:
  • Skip to toolbar