Tindakan Jamal Sekadar Mahu Bikin Panas

August 11, 2017 by Caspian

Category: politik

Nik Nazmi Nik Ahmad

Tindakan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang sering mengkritik pentadbiran kerajaan negeri Selangor disifatkan hanya mahu ‘bikin panas’.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan negeri tidak perlu memandang serius semua tuduhan Jamal tersebut.

“Bagi saya Jamal bikin panas saja, itu buat orang lagi menyampah. Kalau ada isu, kita jawab tetapi bukan dia faktornya.

“Tapi bagus juga sebab nanti orang menilai inilah tahap pemimpin Umno. Cuba bandingkan dengan tokoh yang kita ketengahkan,” katanya.

Selasa lalu, Jamal mendesak kerajaan negeri menunaikan manifesto memberikan pendidikan percuma kepada anak Selangor.

Menurutnya, pihaknya akan teruskan tuntutan kerajaan negeri yang didakwanya gagal tunai janji.

Mengulas mengenai tuntutan pendidikan percuma, Nik Nazmi mengakui kerajaan negeri tidak mampu dengan hasil yang terhad.

“Pendidikan tinggi atau pendidikan secara keseluruhan umumnya berada di senarai Persekutuan. Hasil kutipan kerajaan negeri adalah sekitar RM3 bilion, manakala kutipan kerajaan Persekutuan melebihi RM200 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243451Total visitors:
  • Skip to toolbar