DAP Kini Mahu Desak Umno

August 30, 2017 by Caspian

Category: politik

sad

Tindakan veteran DAP Lim Kit Siang mengeluarkan surat terbuka menggesa menteri Kabinet menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada melakukan lawatan ke Amerika Syarikat dikatakan sebagai tindakan terdesak.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelbagai isu yang berlaku dalam pakatan termasuk isu Siasatan Diraja berhubung pelaburan Forek yang dibuat terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan DAP terpaksa mengalih isu.

“Saya fikir dia (Kit Siang) terjebak satu situasi di mana ia menuntut Suruhan Siasatan Diraja (RCI) berkenaan urus niaga Forex kerana hasrat ketika itu untuk jatuhkan Mahathir yang dipertanggungjawabkan kerana kerugian.

“Bila kerajaan setuju tubuh maka terkeluar fakta yang tidak sepatut berlaku tetapi sudah berlaku, kini keris makan tuan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Usahawan Kelantan 2017 @Ketereh disini hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

Kit Siang dalam tulisan yang dilaporkan sebuah portal berita berkata, lawatan Najib ke White House bulan depan adalah memalukan selagi DOJ menganggapnya “kleptokrat” susulan kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd sekali gus menggesa Kabinet menolak lawatan itu.

Annuar menegaskan Umno bukan seperti DAP dan Pakatan Harapan yang mana mereka boleh diperkotak-katikkan dan menerima arahan daripada pemimpin DAP itu.

Beliau dalam masa yang sama turut menegaskan adalah menjadi haknya untuk mengulas fakta perbicaraan RCI Forex yang jelas merugikan negara.

“Dalam surat terbuka itu nama saya turut disebut, saya ulang adalah menjadi hak untuk ‘update’ proses perbicaraan,

“Seperti umum mengetahui, jumlah kerugian negara beberapa tahun oleh Bank Negara mencecah RM30 bilion dan ia lebih 50 peratus rizab negara, saya bawa fakta, kenapa dia (Kit Siang) panik,”katanya.

Annuar berkata, DAP kini cuba mempertahankan skrip yang dibuat untuk mengelirukan rakyat berhubung siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Jelasnya, tindakan DOJ adalah berdasarkan aduan awam dan belum melibatkan keputusan mahkamah.

“DAP nak ‘spin’ seolah-olah ini adalah keputusan mahkamah, isu kleptokrasi dimainkan,

“Walhal langsung tidak sebut Perdana Menteri orang yang disyaki atau disiasat, jika adapun disebut MO1 itu adalah nama yang dibawa oleh pengadu, bukan yang dibuktikan mahkamah.

“Kini Amerika Syarikat sebaliknya menjemput Perdana Menteri, mereka (DAP) kantoi dan cuba membetulkan skrip yang dibina sebelum ini,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245919Total visitors:
  • Skip to toolbar