Majoriti Bangga Jadi Rakyat Malaysia – KAJIDATA

August 30, 2017 by Caspian

Category: politik

Satu kaji selidik yang dilakukan terhadap orang ramai menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2017 mendapati majoriti besar bangga menjadi rakyat Malaysia.

Dalam kajian yang dijalankan oleh KAJIDATA yang berkepakaran dalam penyelidikan komersial dan sosial, 98.3 peratus daripada 1,041 pengundi berdaftar di seluruh negara mengatakan “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia”, peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding kaji selidik tahun lalu.

Penasihat KAJIDATA Prof Datuk Seri Syed Arabi Idid memberitahu Bernama, kaji selidik sama yang dijalankan dari 10 hingga 18 Julai lalu itu juga mendapati terdapat semangat patriotik yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia dengan 80.2 peratus meraikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, tarikh yang mereka anggap sangat bermakna dan bertuah buat mereka.

Syed Arabi, bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata kaji selidik itu turut mendapati rakyat Malaysia sedar bahawa perpaduan adalah antara aspek pembangunan negara yang penting.

Selain itu, seramai 85.9 peratus responden mengatakan Rukun Negara boleh menjadi prinsip panduan dalam menggalakkan dan memupuk perpaduan.

Hampir 80 peratus responden menyatakan mereka tidak akan berhijrah ke negara lain tanpa mengira keadaan semasa di negara ini, satu lagi bukti semangat patriotisme mereka.

Dalam kaji selidik yang dilakukan menerusi tinjauan telefon itu, hanya 12.2 peratus menyatakan keinginan untuk berhijrah.
KAJIDATA (www.kajidata.com) yang ditubuhkan pada 2015, mempunyai misi untuk memperoleh dan melihat menjangkaui data dan merungkai maklumat tersurat dan tersirat.

Responden dipilih berdasarkan persampelan bersiri secara rawak mengikut etnik, jantina, umur, negeri dan demografi bagi menggambarkan pendapat orang awam mengenai isu semasa dengan ketepatan yang lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243451Total visitors:
  • Skip to toolbar