Perlu Persetujuan Satu Pertiga Cabang

August 30, 2017 by Caspian

Category: politik

KONGRES khas untuk membincangkan kerjasama PKR-Pas hanya boleh diadakan sekiranya menerima permintaan daripada satu pertiga cabang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution memberitahu, selain itu mengikut Perlembagaan parti, dua lagi keadaan memungkinkan kongres khas boleh diadakan iaitu, pertama perlu mendapat permintaan daripada presiden parti dan kedua, perlu menerima permintaan daripada dua pertiga ahli majlis tertinggi.

“Perlembagaan parti menggariskan panduan sekiranya memenuhi salah satu daripada tiga syarat yang ditetapkan ini, barulah kongres khas boleh diadakan,” kata Saifuddin seperti disiarkan Sin Chew Daily.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang meminta sebuah kongres khas perlu dibentuk segera untuk menyelesaikan isu kerjasama antara Pas dan Kerajaan Selangor.

Mengulas lanjut, Saifuddin mengakui beliau sendiri membantah sebarang cadangan untuk bekerjasama dengan Pas kerana PKR tidak boleh mengkhianati Pakatan Harapan.

Beliau berkata, PKR dan Pas sudah putus hubungan dan tiada lagi sebarang bentuk kerjasama antara kedua-dua parti ini.

Semalam, Pakatan Harapan melalui kenyataannya menjelaskan, tidak akan bekerjasama dengan Pas pada PRU14 dan sedang merangka strategi untuk kemungkinan menghadapi pertandingan tiga penjuru dalam PRU kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245921Total visitors:
  • Skip to toolbar