Orang Menghendap Saja Masuk Dari Pintu Belakang Rumah

September 13, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Pertemuan Najib dengan Trump, sekalipun dianggap sebagai satu kejayaan oleh media propaganda BN tapi hakikatnya rakyat tidak berasa teruja malah terhina dengan pertemuan tersebut.

Ini setelah difahamkan Najib terpaksa masuk mengikut pintu belakang Rumah Putih sekaligus memberikan gambaran bahawa dia adalah pemimpin yang tidak penting.  Betullah Presiden Trump menanti dia dibelakang tu tapi masih lagi masuk ikut pintu belakang.

Sekalipun tidak ada undang-undang menyatakan masuk ikut pintu belakang ini adalah satu penghinaan tapi persepsi umum yang semua orang faham, orang jahat saja masuk dari pintu belakang.  Trump tahu Najib terpalit dengan banyak skandal sebab itulah agaknya dia membuat keputusan menerima kedatangan Najib di belakang rumahnya.

Sebagai perbandingan, ketika Tun Mahathir melawat Rumah Putih, beliau masuk ikut pintu depan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula diberikan sambutan negara ketika melawat USA pada pertengahan 90-an, sekalipun tidak berjumpa dengan Presiden ketika itu, Presiden Clinton.

Najib satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang masuk ikut pintu belakang Rumah Putih.  Sungguh memalukan, tidak hairan Pakatan Harpaan berusaha menghalang pertemuan tersebut dari berlaku dan mendesak kerajaan untuk menghalangnya.

Sekarang siapa yang malu?  Kita rakyat juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245596Total visitors:
  • Skip to toolbar