Tun Mahathir Tidak Pernah Beli Apa-Apa Dari USA

September 14, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Seorang Ahli Majlis Tertinggi PPBM mendakwa, ketika menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak pernah membeli apa-apa dari USA.  Tidak seperti kerajaan hari ini yang bukan sahaja membeli kapal terbang sebanyak USD 10 billion melalui MAS dan KWSP, malah memaksa Khazanah untuk menambah pegangan saham dalam beberapa syarikat negara tersebut.

Ini adalah bukti bahawa Tun Mahathir bebas dari sebarang pengaruh USA tidak seperti pentadbiran Najib hari ini yang seakan menjadi hamba USA setelah berjaya akhirnya bertemu dengan Presiden Donald Trump.  Polisi ini juga selari dengan dasar pandang ke timur yang dilancarkan Tun Mahathir.

Menurut beliau, sekali faham KWSP perlu melaburkan wang mereka untu menjana keuntungan bagi mendapatkan dividen, persoalannya kenapa mesti USA?  Apakah tidak ada negara lain di dunia ini dimana KWSP boleh melaburkan wang rakyat?

Lagipun apa jaminan pelaburan itu akan memberi keuntungan?  Ekonomi USA diketahui sangat fragile dan mudah menerima kesan ekonomi seperti mana yang berlaku pada tahun 2008 ketika krisis subprima.

Pakatan Harapan memberi komitmen akan membatalkan perjanjian ini jika berjaya merampas BN dari Putrajaya selepas PRU14 yang akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1138577Total visitors:
  • Skip to toolbar