DAP Sedia Beri Senarai Calon

September 29, 2017 by Caspian

Category: politik

Lim Guan Eng

Sekiranya SPRM boleh mencadangkan mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, DAP sedia membenarkan calon-calonnya juga diteliti.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak teruja dengan hal tersebut kerana suruhanjaya terbabit berdepan skandal 1MDB yang sehingga kini masih belum selesai.

Kit Siang berkata demikian, menjawab kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad untuk meneliti calon-calon parti politik pada PRU14.

Dzulkifli dilaporkan berkata, pihaknya bersedia meneliti bakal-bakal calon supaya tidak dicemari rasuah dan salah guna kuasa.

“Skandal 1MDB adalah ujian bagi SPRM dan Dzukifli.

“Ini bagi menunjukkan sama ada mereka benar-benar serius, bebas, tidak memihak dan profesional dalam membanteras rasuah,” kata Kit Siang seperti dipetik dalam China Press.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263329Total visitors:
  • Skip to toolbar