Harapan Boleh Menang Tapi Majoriti Kecil

September 29, 2017 by Caspian

Category: politik

Dr Mohd Azizuddin

Penganalisis menyifatkan Kerajaan Selangor adalah sebuah kerajaan yang nampak normal dan tiada pencapaian yang boleh dilihat hebat dan luar biasa.

Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kepincangan dalam kerajaan negeri telah menunjukkan kerajaan berkenaan hilang kekuatan sejak mereka mempunyai masalah dalaman yang melibatkan Pakatan Harapan dan Pas.

“Pada masa sama, keyakinan rakyat Selangor semakin terhakis sebenarnya apabila mereka melihat kerajaan pakatan pasca PRU14 terbentuk pada kemudian hari. Mereka kurang percaya kerajaan yang kuat dan stabil boleh dibentuk di Selangor nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan Harapan yang dijangka mampu mengekalkan kuasa pentadbiran pada PRU14 nanti setelah lebih separuh daripada responden melalui kaji selidik yang dibuat menyokong pentadbiran mereka.

Pada masa sama, Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, meskipun Harapan mampu menang di Selangor namun majoritinya adalah lebih kecil berbanding pilihan raya umum terdahulu.

“Begitu juga dengan BN sekalipun mereka menang, kemenangan itu juga dalam majoriti yang kecil,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar