Wan Ji Bakal Mufti Besar Negara Sekiranya Pakatan Harapan Menang PRU 14

September 29, 2017 by Caspian

Category: editor

Terlebih dahulu, sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Wan Ji Wan Husin diatas kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng atas perlantikannya sebagai penasihat agama Islam Pulau Pinang. Ianya satu pengiktirafan kepada seorang penceramah Islam bebas yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa sebelum ini.

Sebenarnya, Wan Ji tidak lagi perlu diperkenalkan lagi. Beliau mempunyai pemikiran yang cukup kritis dan bijak dalam menghuraikan permasalahan agama.

Walaupun sebelum ini, Wan Ji pernah terbabit dalam satu kontroversi apabila beliau menjangkakan Sultan-Sultan di Malaysia akan dilenyapkan pada 2030 menerusi satu ceramahnya pada tahun 2015 serta gelaran “Setan” yang diberikan kepada Sultan, ianya sebenarnya telah di edit dan cubaan mereka ini hanyalah untuk memburukkan imejnya sebagai penceramah agama bebas.

Melihat akan perlantikannya ini, ramai dikalangan pemimpin Pakatan Harapan menjangkakan, Wan Ji ada potensi untuk diangkat sebagai Mufti Besar negara sekiranya Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke 14 kelak.

Ini kerana, bukan senang untuk mendapat kepercayaan CM Lim dan beliau telah membuktikan bahawa kalibernya sebagai pendakwah, cukup dikagumi oleh CM Lim.

Pada kebiasaannya, sesiapa sahaja yang diberi kepercayaan oleh CM Lim, pasti akan mampu menyerlah seperti mana yang ditunjukkan oleh Mejar Zaidi dan beberapa orang yang lain.

Sama-samalah kita nantikan, bagaimana Wan Ji mampu untuk mengubah persepsi kolot terhadap Islam dengan membawa aliran yang lebih segar terhadap Islam itu sendiri. Tahniah Wan Ji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar