PH Sasar 1 Juta Rakyat Banjiri Padang Timur

October 9, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Himpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi yang dirancang untuk diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada hujung minggu ini dijangka menarik sokongan sehingga 1 juta rakyat, menurut salah seorang penganjur yang dihubungi sebentar tadi.

Jangkaan ini berdasarkan respon rakyat yang begitu hebat diterima menerusi beberapa siri roadshow yang diadakan setakat ini.  Diterajui Tun Mahathir, semua ceramah yang diadakan mendapat sambutan hangat rakyat.

Sekalipun tanpa sokongan PAS yang menjadi sumber utama bekalan demonstran, 1 juta orang ini memang jumlah yang masuk akal kerana ramai demonstran tegar PAS yang dulu kini sudah menyertai parti seperti Amanah.

Apatah lagi CM Lim telah berjanji bahawa seluruh rakyat Penang akan hadir beramai-ramai menyokong himpunan tersebut.  Kegagalan untuk menyertainya boleh menyebabkan status penduduk Penang mungkin terlucut.

Lagipun rakyat mahu tahu apa yang dimaksudkan dengan Kleptokrasi itu kerana istilah berkenaan sangat baru di negara ini.  Kita biasa dengan pencuri dan perompak, tapi Kleptokrat ini masih belum pernah.  Tarikan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kleptokrasi ini sahaja menyumbang separuh dari kehadiran 1 juta yang dirancang.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255038Total visitors:
  • Skip to toolbar