Syed Saddiq Bakal MB Johor?

October 9, 2017 by Caspian

Category: editor

Adalah satu pengiktirafan besar buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) apabila Penasihat Agung DAP merangkap ahli politik mentor Pakatan Harapan, Lim Kit Siang memuji dan membayangkan akan melantik Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai menteri sekiranya Pakatan Harapan berkuasa kelak.

Sukar untuk mendapat pengiktirafan sebegini daripada seorang yang sudah mencipta lagendanya sendiri dalam arus politik Malaysia. Ianya pasti akan menaikkan semangat Syed Saddiq untuk bekerja lebih keras untuk menumbangkan UMNO dan BN pada PRU ke 14 kelak.

Namun begitu, menerusi sumber terdekat dengan Lim Kit Siang memberitahu, Syed Saddiq sebenarnya memang dipertimbangkan untuk diangkat sebagai Menteri Besar Johor sekiranya Pakatan Harapan berjaya menumbangkan UMNO di Johor.

Ini kerana, walaupun baru berusia 23 tahun, namun beliau telah menunjukkan ketokohan dalam memimpin angkatan muda PPBM sedangkan ada diantaranya lebih tua daripadanya. Beliau juga merupakan juara debat Asia yang tidak di miliki oleh sesiapa termasuk Datuk Seri Najib sendiri. Lebih hebat lagi, keengganannya melanjutkan pelajaran ke Oxford juga diberi perhatian oleh UMNO dan BN.

Jika ada yang mempersoalkan kelayakan Syed Saddiq untuk diangkat sebagai Menteri Besar Johor kerana faktor usia dan tidak pernah menunaikan kewajiban sebagai pengundi, sumber ini memberitahu, Najib sendiri diangkat sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda iaitu pada usia 25 tahun.

Malah, Isa Samad sendiri juga diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada usia 29 tahun. Justeru, apa salahnya Syed Saddiq menjadi Menteri Besar pada usia 23 tahun. Sudah tentu ia mencatatkan rekod Malaysia dan dunia apabila seorang anak muda yang belum pernah mengundi dan mengetuai Armada PPBM, mampu menjadi Menteri Besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255038Total visitors:
  • Skip to toolbar