Tun M Nafi Ada Kaitan Dgn Parti Warisan Sabah

October 9, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Tun Dr. Mahathir hari ini, seperti dipetik sumber dalaman PPBM menafikan mempunyai sebarang dengan kaitan parti Warisan Sabah yang dipimpin bekas Menteri, Datuk Seri Shafie Afdal yang dikaitkan dengan beberapa kes penyelewengan dana orang miskin di Sabah sehingga RM 1.5 billion.

Menurut Tun Mahathir, beliau dikaitkan dengan banyak parti politik dan pertubuhan tapi selain PPBM dan Pakatan Harapan, beliau tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan semua yang dikatakan itu.

Sejak dakwaan penyelewengan itu mula tersebar, banyak pihak mula mengaitkan Tun Mahathir dengan parti Warisan, melihat kepada nasib Shafie yang turut dipecat dari UMNO bersama Tan Sri Muhyiddin.

PPBM katanya mempunyai kekuatan sendiri di Sabah dan tidak memerlukan parti Warisan untuk mewakili parti tersebut.  Setakat bulan lepas, lebih 15 bahagian PPBM telah ditubuhkan di negeri tersebut dengan sambutan yang begitu menggalakkan diterima dari rakyat negeri tersebut.

Ketika Tun Mahathir melawat negeri tersebut baru-baru ini, rakyat Sabah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Tun Mahathir dan mengenang jasa 22 tahun beliau sebagai Perdana Menteri yang telah banyak memajukan Sabah.

Dibawah pentadbiran 22 tahun Tun Mahathir, Sabah menjadi antara negeri termaju di Malaysia, termasuk menjadi pusat kewangan luar pesisir terkenal di dunia melalui Labuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1206607Total visitors:
  • Skip to toolbar