Pemergian Dr. Kassim Ahmad Satu Kehilangan Besar Negara – Tun M

October 10, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Pemergian agamawan, Dr. Kassim Ahmad pada usia 84 tahun akibat sakit tua hari ini, benar-benar satu kehilangan yang besar kepada negara, menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Falsafah dan pemikiran arwah Dr. Kassim yang dilabel sebagai anti hadis, mungkin agak radikal pada sesetengah orang tapi tanpa kita sedar. arwah Dr. Kassim sebenarnya mengajak kepada perbincangan sihat akan sesuatu isu yang dipertikaikan itu.

Ketika menjadi Perdana Menteri, bukan rahsia bahawa Tun Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab menghalang Dr. Kassim dari ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lanjutan dari pandangan dan cara pemikirannya yang agak luar dari kebiasaan.

Malah dibawah Tun Mahathir, arwah Dr. Kassim pernah diberi peluang untuk menulis di dalam akhbar lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia.

Semua ini menunjukkan keakraban antara Tun Mahathir dengan arwah Dr. Kassim Ahmad, tidak hairan kenapa pemergiannya dianggap satu kehilangan yang besar oleh beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255038Total visitors:
  • Skip to toolbar