Harapan Bukan Nak Lawan Fastaqim

October 11, 2017 by Caspian

Category: politik

Harapan bukan nak lawan Fastaqim

Pengajuran himpunan ‘Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ anjuran Pakatan Harapan di Padang Timur, Petaling Jaya, Sabtu ini tidak berhasrat menyaingi mana-mana perhimpunan yang pernah dianjurkan pihak lain sebelum ini.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, himpunan ini membawa mesej kepada rakyat dan matlamatnya bukan untuk berlawan dengan mana-mana pihak.

“Kami tidak lawan mana-mana pihak. Kami tak perlukan perbandingkan dan kami tak lawan puak yang lain,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Mohamad berkata demikian sebagai respons apabila diminta mengulas tentang kejayan Pas menganjurkan Himpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu yang dihadiri 200,000 peserta dan kebanyakanya anak muda baru- baru ini.

“Soal Pas, itu hak dia nak cakap apa, kami nak lawan BN. Sasaran peserta kita tak boleh tahu sebab dalam hal ini kalau orang Petaling Jaya datang pun dah lebih, kami jangkakan ramai. Namun kami masih kekal dengan target awal 100,000 orang,” katanya.

Mengulas lanjut tetang himpunan berkenan Mohamad berkata, kelulusan telah diperoleh dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak polis.

“Soal permit tak perlu, kerana himpunan ini di bawah Akta Perhimpunan Aman, kami hanya perlu maklumkan hal ini kepada polis dan telah berbuat demikian,” katanya.

Katanya, himpunan ini akan membawa lima tututan agar rakyat faham dan buat perubahan pada PRU14 bermula jam 4 petang hingga 11 malam.

Antra lima tuntutan yang difokuskan adalah Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kembalikan aset dan wang rakyat yang dirompak, tangkap MO1, bebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan hapuskan direct nego.

Beliau berkata, bagi memeriahkan acara pelbagai program telah dirancang di samping aktiviti jualan.

“Himpunan ini dalam keadaan santai dan harmoni, peserta boleh datang bersama keluarga dan sekiranya Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos nak berniaga boleh, tapi semua gerai jualan kami dah penuh ditempah buat masa ini,” katanya.

Terdahulu Jamal menyuarakan hasrat untuk menjual 10 tan ikan dengan harga murah kepada orang ramai yang hadir di perhimpunan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1206608Total visitors:
  • Skip to toolbar