RM 5 Juta: Syed Saddiq Tidak Sepatutnya Lengah Buat Laporan SPRM

October 11, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Dakwaan orang dari pejabat Perdana Menteri membayar sehingga RM 5 juta untuk Ketua Armada PPBM menyeberang parti yang dibuat awal bulan ini, memang cerita menarik.  Boleh jadi cerita besar kalau dapat dibuktikan.

Tapi untuk itu berlaku, Syed Saddiq perlulah terlebih dahulu membuat laporan kepada pihak SPRM agar dakwaan itu ada meritnya.  Inilah yang dimaksudkan CM Lim bila beliau menggesa Syed Saddiq tidak berlengah dengan membuat laporan kepada SPRM.

Malangnya, sehingga sekarang gesaan CM Lim masih tidak diikuti oleh Syed Saddiq dan ini satu penghinaan kepada orang nombor satu DAP dan Penang itu.

Seolah-olah nasihat CM Lim tidak didengar oleh Syed Saddiq.  Mana boleh macam itu?

Ramai bimbang nanti rakyat menganggap dakwaan ini satu penipuan kerana tidak dapat dibuktikan dengan laporan kepada SPRM.  Sekarang pun sudah ramai yang berkata seperti itu dan amat sukar untuk menepisnya.  Tak mengapalah kalau ia melibatkan Syed Saddiq seorang, masalahnya ia turut melibatkan Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255038Total visitors:
  • Skip to toolbar