Amanah Minta SPRM Tukar Warna Baju Tahanan Lokap

October 12, 2017 by Caspian

Category: editor

Sebagai sebuah parti politik utama negara, Parti Amanah Negara cukup sinonim dengan warna jingga yang menjadi identiti parti berkenaan sejak awal penubuhannya pada September 2015. Malah, rakyat Malaysia juga sudah mengetahui bahawa warna rasmi Amanah adalah jingga tanpa perlu dakwa dakwi lagi.

Namun begitu, Amanah berasa sedikit terkilan apabila ramai yang cuba mengaitkan warna rasmi parti berkenaan dengan tahanan lokap SPRM. Secara kebetulan atau memang sengaja dirancang, kedua-duanya mengenakan warna jingga, satu perkara yang sukar diterima oleh majoriti ahli Amanah.

Mengulas akan hal ini, sumber dari salah seorang pemimpin muda Amanah memberitahu, kepimpinan parti terutamanya Mohamed Sabu akan menghantar surat kepada Pengarah SPRM untuk meminta mereka menukar warna baju tahanan lokap mereka.

Ini kerana, rakyat terutamanya para penyokong UMNO dan BN akan pantas mengaitkan pesalah rasuah berkenaan dengan Amanah hanya disebabkan warna yang digunakan adalah sama.

Amanah cukup memandang serius tentang perkara ini. Sehubungan dengan itu, Mohamed Sabu dijangka akan mengusulkan warna merah atau biru akan menggantikan warna jingga yang dipakai oleh SPRM.

Kedua-dua warna ini melambangkan betapa korupnya UMNO dan BN dan sudah tentu ianya cukup sesuai digunakan oleh mana-mana pesalah rasuah di seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255038Total visitors:
  • Skip to toolbar