Jika Padang Tidak Cukup, Demonstran Akan Diminta Masuk Dalam Tasik

October 12, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Harapan kita besar untuk melihat jumlah kehadiran yang ramai dalam himpun Selamatkan Malaysia, Tolak Kleptokrasi yang dirancang Sabtu ini.  Segala persiapan untuk menerima sejuta demonstran telah dibuat dan akan dilaksanakan sebaik-baiknya oleh penganjur.

Sekalipun kita faham padang Timur yang menjadi lokasi kali ini sekadar boleh memuatkan tidak lebih 10,000 orang dalam satu-satu masa tapi dengan kuasa Tuhan, sejuta yang dijangka hadir ini akan dapat muat dalam padang yang kecil itu.

Jika padang tidak cukup, demonstran akan diarahkan untuk masuk ke dalam tasik di padang tersebut.  Tasik itu difahamkan tidak begitu dalam dan tidak akan siapa akan mati lemas dengan kedalaman seperti itu.  Ujian yang sepatutnya sudah dijalankan oleh wakil penganjur dan disahkan selamat.

Itulah strategi Pakatan Harapan untuk memuatkan kesemua demonstran yang akan hadir dalam himpunan tersebut nanti.

UMNO dan BN pasti terkejut dengan strategi ini kerana mereka hanya mengambil kira keluasan padang tanpa mengambil kira tasik yang terdapat di kawasan berkenaan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255038Total visitors:
  • Skip to toolbar