Mahkamah Arah Najib, Zahid Failkan Pembelaan

October 12, 2017 by Caspian

Category: politik

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memfailkan pembelaan mereka berhubung saman RM2.6 bilion yang dikemukakan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Arahan itu dibuat oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi M Pavani susulan pengurusan kes hari ini. Beliau juga mengarahkan Najib dan Zahid untuk mengemukakan permohonan mereka untuk membatalkan saman itu, sekiranya memilih untuk berbuat demikian, sebelum 10 November.

Hakim Ahmad Zaidee Ibrahim menetapkan 15 November sebagai tarikh pengurusan kes.

Khairuddin diwakili peguam Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, manakala perdana menteri dan timbalannya diwakili oleh Yazid Mustaqim.

Dalam pernyataan tuntutannya, bekas pemimpin bahagian Umno itu menuduh kedua-dua mereka mengelirukan orang ramai mengenai sumber dana AS$681 juta (RM2.6 bilion) yang berada dalam akaun bank peribadi Najib.

Justeru, kata Khairuddin, kedua-dua mereka melanggar sumpah jawatan kerana sebelum memegang jawatan PM dan TPM, Najib dan Ahmad Zahid telah melafazkan ikrar masing-masing mengikut Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, dana RM2.6 bilion berkenaan disebut sebagai derma atau sumbangan daripada seorang putera Arab Saudi dan ini disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Walau bagaimanapun, seteru politik Najib tidak menerima jawapan itu dan mengaitkannya dengan 1MDB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1206610Total visitors:
  • Skip to toolbar