Polis Janji Ambil Tindakan

October 12, 2017 by Caspian

Category: politik

Polis akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi yang akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya 14 Okt ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihak berkuasa sudah menyatakan pendirian mereka selepas melakukan penilaian sewajarnya.

“Polis sudah adakan pertemuan dengan penganjur dan kami sudah maklumkan, kami tidak membenarkan himpunan itu berlangsung di padang.

“Kalau mereka enggan, tindakan sewajarnya akan diambil oleh pihak polis,” katanya kepada media semasa menghadiri Ekspo Ekonomi Inovasi dan Kreatif Kebangsaan di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil hari ini.

Bagaimanapun Noor Rashid tidak menjelaskan apakah tindakan yang akan diambil polis jika penganjur – Pakatan Harapan (HARAPAN) – meneruskan rancangan mengadakan himpunan berkenaan.

HARAPAN menyasarkan kehadiran 100,000 orang pada himpunan yang berlangsung dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam itu.

Semalam Malaysiakini melaporkan polis berpendapat penganjur perlu menukar lokasi himpunan itu ke tempat lain dan cadangan yang diberi ialah Stadium Kelana Jaya.

Jamal jangan ganggulah

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya menerima empat laporan daripada penduduk sekitar, selain kedudukan Padang Timur yang tidak sesuai untuk perhimpunan besar.

Kata Noor Rashid berdasarkan rekod lalu himpunan di Padang Timur menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang teruk dan lokasi itu juga begitu hampir dengan laluan keluar masuk Lebuhraya Persekutuan.

Bagaimanapun beliau mengakui mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, polis tidak ada kuasa menghalang ia berlangsung.

Di sebalik keadaan itu Noor Rashid menegaskan semua pihak – termasuk polis – mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan keamanan.

“Sesiapa juga yang nak adakan perhimpunan, mereka kena tahu ada tanggungjawab undang-undang dan sosial,” katanya.

Sementara itu mengulas cadangan Datuk Seri Jamal Md Yunos mahu menjual ikan sempena himpunan berkenaan, Noor Rashid berkata Ketua Umno Sungai Besar itu dinasihatkan jangan mengganggu keadaan di situ.

“Saya nak nasihatkan kepada beliau, jangan ganggulah. Jangan cuba mencetuskan keadaan huru-hara di tempat ini,” katanya.

Pada 10 Okt lalu Jamal menyatakan beliau akan memulakan jualan ikan basah itu pada tengah hari Sabtu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1206609Total visitors:
  • Skip to toolbar