Tolak Politik Longkang: Azmin

October 12, 2017 by Caspian

Category: politik

Azmin Ali

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor untuk menolak gutter politics atau politik longkang bagi menjamin perpaduan dalam negara.

Beliau berkata, politik longkang dimaksudkan adalah termasuk budaya samseng serta fahaman rasis.

Katanya, amat penting untuk rakyat bersama-sama membangunkan sebuah bangsa yang bermaruah, berwibawa dan menghormati nilai-nilai kemanusiaan sejagat.

“Ia juga selari dengan pendirian tegas Raja-raja Melayu berhubung isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama termasuk penegasan mengenai keperluan memahami dan menghormati prinsip-prinsip murni yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutan.

“Pendirian Raja-raja Melayu adalah ibarat cahaya yang menyuluh serta memimpin rakyat mendepani cabaran termasuk menjawab tindakan melampau individu dan kumpulan yang mengugat kestabilan serta keharmonian masyarakat majmuk,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Terdahulu, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, Raja-raja Melayu bimbang selepas timbul tindakan individu tertentu bersifat keterlaluan yang dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian hubungan antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Menurutnya, Raja-raja Melayu memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Mohamed Azmin berkata, umat Islam dan rakyat Malaysia juga perlu menjunjung pedoman Raja-raja Melayu tentang sifat Islam yang toleran, sederhana dan inklusif.

“Pedoman Raja-raja Melayu menzahirkan keutuhan institusi raja berperlembagaan dan peranan signifikan Raja-raja Melayu sebagai suara nurani dan aspirasi rakyat.

“Justeru, saya ingin menyatakan bahawa prinsip-prinsip toleransi, kesederhanaan dan keharmonian yang disegarkan dan ditegaskan semula oleh Raja-raja Melayu akan terus menjadi tiang seri kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1206610Total visitors:
  • Skip to toolbar