Jawatan Perdana Menteri Tetap Milik Melayu

October 13, 2017 by Caspian

Category: politik

'Kalau Pas mahu sokong Najib, biarlah...'

PKR atau Bersatu akan mempunyai Ahli Parlimen terbanyak sekiranya Pakatan Harapan mampu membentuk kerajaan pada PRU akan datang.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menjelaskan, sekiranya ada peningkatan sokongan 10 peratus undi Melayu dan lima peratus undi bukan Melayu kepada Harapan di Semenanjung dalam PRU14 berbanding PRU lalu, sudah tentu pakatan pembangkang akan memenangi 113 daripada 165 kerusi parlimen, manakala BN memperoleh 50 kerusi dan Pas, dua kerusi.

“Daripada 113 kerusi yang dimenangi ini, kemungkinannya DAP menang 32 kerusi, manakala tiga komponen lain dalam Harapan masing-masing memenangi sebanyak 39, 32 dan 10 kerusi.

“Oleh itu, parti politik dengan blok terbesar di Semenanjung ketika itu ialah PKR atau Bersatu. Bukannya DAP,” jelas Kit Siang seperti dilaporkan China Press.

Kit Siang berkata demikian sebagai menyangkal dakwaan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang menggambarkan kononnya beliau akan menjadi perdana menteri sekiranya Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

“Apa pun kombinasi pembahagian kerusi antara parti-parti komponen Harapan di Semenanjung dan seluruh negara, Perdana Menteri adalah orang Melayu dan bukan daripada DAP.

“Dan saya sudah tentu tidak akan menjadi perdana menteri,” ujarnya.

Katanya, Annuar dan jentera propaganda Umno membuat anggapan demikian atas dakwaan kononnya DAP memiliki ahli parlimen paling ramai dalam kalangan parti komponen Harapan.

Pada PRU13 lalu, pakatan pembangkang memenangi 89 daripada 222 kerusi parlimen, manakala BN menang 133 kerusi.

Daripada 89 kerusi, DAP menang 38 kerusi iaitu 31 di Semenanjung dan tujuh di Sabah dan Sarawak; PKR menang 30 kerusi (28 di Semenanjung dan dua di Sabah dan Sarawak) dan Pas pula menang 21 kerusi (Semenanjung).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255191Total visitors:
  • Skip to toolbar