MBPJ Benar Guna Padang Untuk Perhimpunan

October 13, 2017 by Caspian

Category: politik

MBPJ benar guna padang untuk perhimpunan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tiada halangan membenarkan Padang Timur digunakan bagi penganjuran Himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi esok.

Datuk Bandarnya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, padang tersebut milik pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, kebenaran bagi menggunakan padang itu telah diberikan kepada penganjur, namun soal undang-undang wajar diajukan kepada pihak polis.

“Padang itu memang kita tiada halangan. Kita beri penganjur untuk adakan di Padang Timur. Jadi tiada isu dengan kita.

“Kegunaan padang itu dipihak majlis sebab ia milik majlis. Kita pemilik tanah, jadi kita benarkan,” ulasnya.

Mohd Azizi berkata, bagi memastikan kelancaran lalu lintas dan masalah trafik, pihaknya akan menugaskan pegawai di kawasan tersebut.

“Oleh kerana Padang Timur kawasan kita, kita akan pastikan penguat kuasa menjaga trafik,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak ada sebarang aduan orang ramai berhubung penganjuran himpunan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255191Total visitors:
  • Skip to toolbar