Polis Tetap Tak Benarkan Himpunan Antikleptokrasi

October 13, 2017 by Caspian

Category: politik

Pihak polis tetap dengan pendirian tidak membenarkan perhimpunan antikleptokrasi diadakan esok walaupun Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memberikan lampu hijau terhadap penggunaan Padang Timur bagi acara itu.

“Kita punya stand kita tegas dalam pendirian, kita takkan berganjak. Kita tak perakukan himpunan tersebut,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata majlis bandar raya itu tidak memerlukan kelulusan polis untuk membenarkan Pakatan Harapan menggunakan Padang Timur bagi perhimpunan “Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi”.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap pihak berkuasa tempatan itu, Fuzi hanya menjawab bahawa padang itu berada di bawah bidang kuasa MBPJ.

Polis sebelum ini menyatakan masalah lalu lintas antara sebab mengapa mereka tidak akan meluluskan perhimpunan itu dan memberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap penganjur.

Perhimpunan yang dijangka bermula jam 4 petang hingga tengah malam, akan menampilkan penceramah daripada gabungan pembangkang, termasuk Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perhimpunan itu juga akan menyaksikan HARAPAN melancarkan manifesto antikleptokrasi mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255191Total visitors:
  • Skip to toolbar