Salahkah DS Wan Azizah Menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang?

October 13, 2017 by Caspian

Category: editor

Ramai orang yang memperkatakan tentang kemungkinan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan besar bakal diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru sekiranya Ketua Menteri sekarang, Lim Guan Eng berhadapan dengan masalah undang-undang.

Ada yang mendakwa beliau tidak layak untuk diangkat sebagai Ketua Menteri kerana beliau seorang wanita dan bukan anak kelahiran Pulau Pinang. Malah ada yang mendakwa beliau bukanlah pilihan rakyat Pulau Pinang dan tidak diterima sepenuhnya oleh rakyat Pulau Pinang.

Kenapa pula beliau tidak layak mengetuai sebuah negeri sedangkan beliau merupakan satu-satunya Presiden sebuah parti politik dari kalangan kaum Wanita?

Harus diingat bahawa perlantikan beliau adalah atas restu Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cukup yakin kemampuan beliau menerajui parti. Malah, beliau satu-satunya wanita yang memegang jawatan sebagai ADUN Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam satu penggal.

Lebih hebat lagi, pengalaman dan kejayaannya mentadbir Permatang Pauh memang diperakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Beliau jauh lebih mengenali sosio politik dan kemahuan rakyat Pulau Pinang hasil daripada kejayaannya di Permatang Pauh.

Lagipun, di seluruh dunia, bukan satu perkara yang menghairankan apabila kaum wanita mampu mentadbir negara. Ini baru satu negeri dan bukannya negara. Justeru, kenapa perlu persoalkan kemampuan beliau untuk mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang kelak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255191Total visitors:
  • Skip to toolbar