SPRM Perlu Desak Kerajaan Segera Gubal Akta

October 13, 2017 by Caspian

Category: politik

Tuan Ibrahim Tuan Man

Pas mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk turut bersama menggesa kerajaan mempercepatkan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, akta itu akan membantu SPRM mencapai tahap revolusi diinginkan.

“Pas mengalu-alukan kenyataan ‘revolusi’ Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM, Hasbillah Mohd Salleh untuk menjadikan gejala rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

“Cadangan bagus, Pas akan menyokong usaha SPRM. Tapi BN sebagai batu penghalang besar perlu dibuang dahulu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasbillah semalam menegaskan satu revolusi perlu dilakukan untuk menjadikan gejala rasuah sebagai musuh nombor satu negara.

Katanya, kebanyakan masyarakat masih keliru dengan tafsiran menerima hadiah daripada individu atau golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“SPRM mahu mendidik masyarakat mengenai bahana rasuah mengikut peruntukan undang-undang.

“Perlakuan meminta atau menerima suapan, walaupun sedikit, akan merosakkan imej sendiri, ” katanya pada majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah.

Mengulas lanjut mengenainya, Tuan Ibrahim berkata, kebanyakan masyarakat masa kini keliru dengan tafsiran menerima hadiah daripada individu atau golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“Apakah menerima hadiah, asalkan ia dinamakan dalam bentuk derma, daripada individu dan golongan tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri, dibolehkan?

“Selagi BN berkuasa, segala-galanya susah bagi SPRM untuk bergerak bebas seperti yang sewajarnya,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1206604Total visitors:
  • Skip to toolbar