Syabas Fathia, Artis Yang Berani Kutuk Menteri

October 13, 2017 by Caspian

Category: editor

Dalam industri hiburan hari ini, kebanyakan artis sudah berani menunjukkan kecenderungan politik mereka. Tidak seperti dahulu, mereka takut untuk menyuarakan pendapat mereka kerana takut akan pendapatan mereka terjejas.

Salah seorang artis ini adalah Nur Fathia Latiff yang hebat dikecam oleh netizen gara-gara mengkritik kenyataan Khairy Jamaluddin yang menjangkakan Malaysia akan menjadi negara cashless menjelang tahun 2050.

Fathia membidas Khairy dengan mendakwa, Malaysia akan kembali menuju kezaman sistem barter jika dinilai dari kenyataan Khairy.

Apa yang dapat diperhatikan adalah, keberanian artis ini menyuarakan pendapatnya. Ianya selaras dengan hubungan akrabnya dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Besar kemungkinan, Fathia hanya menyuarakan pendapatnya setelah memahami aspirasi yang telah ditanam oleh Tun Dr M terhadap dirinya.

Fathia memang seorang srikandi hebat kerana sebelum ini, dia turut dikecam hebat kerana sengaja mendedahkan buah dadanya untuk tatapan umum dalam Bigo Live. Kali ini, dia turut menunjukkan kecekalannya apabila berani tampil menyuarakan pendapatnya dengan menghentam Khairy.

Susah untuk kita jumpa arti sebegini dalam industri seni tanah air. Mungkin, Bersatu wajar menariknya menjadi salah seorang Exco parti berkenaan kerana kehebatan dan kecekalannya mampu menaikkan imej Bersatu dalam arus politik negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255191Total visitors:
  • Skip to toolbar