Warga PJ Beri Reaksi Berbeza Berkaitan Lokasi

October 13, 2017 by Caspian

Category: politik

Himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi, yang dijadualkan di Padang Timur, Petaling Jaya, esok mendapat reaksi berbeza dalam kalangan penduduk setempat.

Tinjauan ke kawasan berkenaan mendapati ada yang setuju dan ada yang tidak menyenanginya kerana bimbang menimbulkan masalah.

Bagi Calvin Chong, dia bersetuju kerana Padang Timur adalah lokasi strategik, di samping memudahkan orang awam datang terutama mereka yang menggunakan pengangkutan awam.

Selain itu, kewujudan tempat penginapan dan hotel yang berdekatan juga memudahkan golongan yang tinggal di luar Lembah Klang.

“Lagipun perkara ini telah dipersetujui pihak Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ).

“Kita berkumpul bukan untuk cetuskan apa-apa masalah, kita datang untuk dengar apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad nak sampaikan,” katanya.

Calvin berkata, penganjur juga memberi jaminan himpunan berlaku dalam keadaan aman dan berharap tiada provokasi.

Tinjauan juga cuba mendapatkan kerjasama daripada beberapa lagi penduduk, namun tidak ramai yang sedia memberi kerjasama setelah dimaklumkan himpunan ini dianjurkan pembangkang.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Raman berkata, himpunan seperti ini akan mengundang kesesakan kepada komuniti setempat kerana aliran trafik akan terganggu.

Paling menyedihkan katanya, berlakunya pembuangan sampah sarap yang banyak sebagaimana terjadi kepada beberapa program yang lain sebelum ini ekoran sikap sesetengah golongan tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian sehingga jam 5 petang di padang berkenaan mendapati tiada sebarang persiapan dilakukan termasuk menggantung kain rentang atau gegantung sebagai makluman kepada orang ramai.

Tinjauan juga mendapati kalangan orang ramai sekitar padang itu tidak mengetahui akan berlangsungnya himpunan esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1206603Total visitors:
  • Skip to toolbar