Kami Enggan Menanggung Biawak Hidup – DAP

October 27, 2017 by Caspian

Category: editor

Gambar Hiasan

Ramai dikalangan para penyokong UMNO dan BN menuduh, seandainya Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak, Pakatan Harapan akan menyingkirkan kira-kira 800 ribu orang penjawat awam dari jawatan mereka hari ini.

Ianya sesuai dengan saranan YB Tony Pua yang mahu Pakatan Harapan merombak semula sektor awam seandainya berjaya membentuk kerajaan kelak.

Ketika diminta untuk mengulas tentang perkara ini, salah seorang Ahli Parlimen DAP yang enggan mendedahkan identitinya memberitahu, cadangan yang dibuat oleh YB Tony Pua dan terkandung di dalam Bajet Pakatan Harapan ini dilihat sesuatu yang cukup baik dan perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Beliau berkata, hari ini terdapat lebih 1.6 juta kakitangan awam yang mana kebanyakan masa mereka dihabiskan di kedai-kedai makan atau membeli belah di pusat-pusat membeli belah di kawasan masing-masing.

Ini sekaligus menyebabkan ramai pekerja di sektor awam hanya makan gaji buta dan kebanyakan kerja mereka tertangguh.

Itu belum lagi mereka yang membuat tuntutan perjalanan, sengaja mencipta alasan untuk bekerja di luar dan sebagainya. Semua ini menampakkan ketidak cekapan pekerja di sektor awam yang membebankan kerajaan menerusi pembayaran gaji, elaun dan sebagainya.

Sebagai sebuah bakal kerajaan yang cukup efisyen dan bertanggungjawab, kesemua penyakit lama pekerja kerajaan ini harus dibuang. Malah, jabatan yang difikirkan tidak perlu mempunyai premis seperti Kementerian Asas tani dan banyak lagi, perlu di bubarkan terus supaya kos pengurusan dapat dijimatkan.

Justeru, beliau menegaskan, kenapa perlu kerajaan Pakatan Harapan menanggung “biawak hidup” ini dalam sektor kerajaan sedangkan lebih separuh daripada mereka lebih suka membazir masa di luar tanpa menunjukkan produktiviti terbaik mereka? Lebih baik kurang kakitangan yang tahu membuat kerja dari menanggung mereka yang hanya tahu makan gaji buta semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar