Pembangkang Ciplak Bajet BN

October 27, 2017 by Caspian

Category: politik

Wee Ka Siong

Pakatan Harapan didakwa menciplak bajet BN dengan membentangkan bajet yang dirancang kerajaan sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pakatan pembangkang seperti tidak melakukan kajian dengan teliti apabila didapati semua kandungan yang ada dalam bajet mereka sama seperti bajet BN.

“Saya masih ingat lagi dari 2016 hingga hari ini, peruntukan kerajaan untuk kampung baru Cina telah disediakan sebanyak RM102 juta.

“Jika ditambah dengan peruntukan bagi tujuan pengubahsuaian sebanyak RM17 juta, ia telah menghampiri RM120 juta.

“Yang peliknya, kenapa Pakatan Harapan mendakwa BN hanya memperuntukkan RM20 juta sahaja kepada pembangunan kampung baru Cina?” katanya seperti dipetik dalam Sin Chew Daily.

Beliau berkata, pihak pembangkang sebenarnya ingin mengulangi apa yang telah dilakukan BN, sebab itulah mereka cuba menciplak bajet dan meniru segala rancangan BN yang telah diberikan kepada rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264270Total visitors:
  • Skip to toolbar