PM Pemutus Calon Kerusi Parlimen Cameron Highlands

October 27, 2017 by Caspian

Category: politik

S Subramaniam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kata pemutus tentang calon yang akan bertanding bagi kerusi parlimen Cameron Highlands, kata Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

“PM tahu apa keputusan untuk dibuat,” kata Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, ketika mengulas perebutan kerusi Parlimen Cameron Highlands antara Parti Progresif Penduduk (MyPPP) dan MIC.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Deepavali bersama petugas Kementerian Kesihatan di kementerian itu di sini hari ini, Dr Subramaniam berkata pendirian MIC berhubung perkara itu sangat jelas dan ia telah pun dimaklumkan kepada Najib, selaku Pengerusi BN.

Dr Subramaniam berkata beliau yakin perkara itu akan selesai dan tidak menjadi satu masalah.

Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas sebelum ini menyuarakan hasratnya untuk bertanding bagi kerusi Cameron Highlands, yang ketika ini disandang bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.

Menurut laporan, Kavyeas berhasrat untuk bertemu Dr Subramaniam bertujuan membincangkan isu berkaitan calon kerusi itu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298729Total visitors:
  • Skip to toolbar