Dizaman Tun PM, Hospital Dibina Dulu Baru Umum Dalam Bajet

October 30, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Isu membabitkan Hospital Pendang yang tiada dalam Bajet 2018 sehingga menjadi kontroversi pada hari ini sebenarnya menginsafkan rakyat betapa beruntungnya kita semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Pada waktu itu, hospital dibina dahulu, baru dimasukkan dalam bajet.  Bukan hospital sajalah, semua benda pun akan dibuat dahulu baru dimasukkan dalam bajet.  Bukan susah mana pun buat hospital, sama macam buat rumah murah.  Takkan itu pun kerajaan tak boleh buat?

Buat dahulu, soal bila dioperasikan, itu soal kedua.

Dengan pendekatan ini, tidak timbul isu perkara yang dah masuk bajet tapi tidak dilaksanakan sebab ia sebenarnya sudah pun dilaksanakan – sebelum bajet dibentang di parlimen lagi.  Begitulah efektifnya kerajaan pada waktu itu yang diterajui Tun.

Tidak hairan semasa Tun menjadi Perdana Menteri, rakyat tidak ambil pusing pasal hospital ni.  Hampir di setiap daerah di semua negeri dalam Malaysia ini ada hospital. jadi rakyat tidak begitu runsing.

Bermula ketika Paklah dan kemudian Najib menjadi Perdana Menteri, kebanyakkan hospital ini ditukar status menjadi klinik kesihatan atas sebab yang misteri.  Sekarang baru nak terhegeh-hegeh untuk adakan sebuah hospital baru bagi setiap daerah.

Dulu Tun dah siapkan semua, perkara ini tidak seharusnya menjadi isu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298730Total visitors:
  • Skip to toolbar