Sumber Maklumat Claire Brown, Tolong Jangan Kaitkan Dengan Tun M

October 31, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Ada usaha dibuat sekarang untuk mengaitkan Tun Mahathir sebagai antara individu yang memberikan maklumat kepada pengendali Sarawak Report, Claire Brown.  Ini setelah Claire dalam satu dokumen Mahkamah di London mengaitkan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevanesan sebagai sumber yang mendedahkan bayaran RM 90 juta oleh Najib kepada PAS.

PPBM Bahagian Lembah Pantai hari ini memberikan amaran agar jangan ada mana-mana pihak yang berani mengaitkan Tun Mahathir dalam hal ini kerana beliau tidak ada kena mengena.

Walaupun Tun Mahathir banyak bergantung kepada laporan oleh Sarawak Report dalam menyerang pentadbiran Najib sejak 2014, itu bukan bermaksud beliau adalah dalang di sebalik semua salah laporan yang disiarkan portal tersebut.

Jika benar ia adalah Ambiga yang menyampaikan maklumat salah tersebut kepada Sarawak Report, itu adalah antara Ambiga dan Claire Brown, Tun Mahathir tidak ada kena mengena.

Dalam masa yang sama, PAS dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap Ambiga jika dakwaan Claire itu benar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264270Total visitors:
  • Skip to toolbar