“Bantu Penang Bukan Bermaksud Najib Baik”- Tun M

November 7, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Rakyat diminta tidak terpedaya dengan tindakan Najib membantu Penang yang sedang dilanda banjir teruk akibat dari hujan dan angin kencang – bukan kerana pembangunan tidak terkawal atau apa benda bodoh yang didakwa BN dan sekutunya, kata Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohammad.

Menurut Tun Mahathir, berdasarkan sidang media yang diberikan Najib sebaik selesai melawat mangsa yang terjejas banjir di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Kepala Batas, dimana Najib mengumumkan bantuan sebanyak RM 1 billion dalam bentuk projek tebatan banjir, nampak sangat bantuan yang diberikan itu ada maksud tersirat di sebaliknya.

Perkara ini jelas kelihatan bila Najib mahu (antara lain), pembangunan yang dijalankan di negeri tersebut, turut mengambil kira kesannya kepada alam sekitar.  Kenyataan ini jelas selari dengan beberapa NGO di negeri tersebut yang menjadikan pembangunan berlebihan sebagai punca banjir teruk kali ini untuk menyerang kerajaan Pakatan Harapan Penang.

Hulur wang, hulur wang sajalah, tak perlu nak mengajar kerajaan negeri bagaimana untuk menguruskan negeri tersebut.  Sebagai negeri yang diperintah parti pembangkang, Penang tidak mendapat bantuan yang sepenuhnya dari kerajaan persekutuan dan terpaksa mencari sumber alternatif lain untuk menampung perbelanjaan kerajaan negeri walaupun terpaksa mengorbankan aspek alam sekitar.

Lagipun tidak ada siapa percaya kerajaan persekutuan ada RM 1 billion untuk menjayakan 13 projek tebatan banjir di negeri tersebut.  Hutang luar yang tinggi dan nilai ringgit merosot adalah buktinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245921Total visitors:
  • Skip to toolbar