Memperingati 1,000 Hari Anwar Dipenjara Lebih Penting Dari Apa Yang Lain

November 8, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Pakatan Harapan secara dasarnya bersetuju 6 November setiap tahun akan diisytihar sebagai cuti umum bagi mengingati 1000 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara sebagai tanahan politik -sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya dari tangan BN.

Ini setelah sambutan kali pertama yang di adakan semalam, mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada rakyat dimana hampir 1,000 orang datang berkumpul. Sebenarnya berpuluh ribu lagi mahu menyertai tapi sengaja dihadkan kepada 1,000 sahaja sebagai simbolik 1,000 hari Anwar dipenjarakan.

Cuti ini memberikan gambaran betapa seriusnya soal penahanan Anwar sehingga mencapai seribu hari.  Penindasan dan kezaliman yang dikenakan ke atas beliau, tiada taranya dan Pakatan Harapan perlu menjadikan satu hari sebagai hari memperingatan semua pengorbanan tersebut.

Dalam masa yang sama, Pakatan Harapan mahu mengingatkan bahawa sambutan 1,000 hari Anwar dipenjara juga sangat penting, lebih penting dari segala yang lain – kejadian banjir di Penang turut termasuk.  Banjir akan surut dalam beberapa hari atau bulan tapi Anwar sudah dipenjarakan selama 1000 hari atau hampir mencapai 3 tahun!!

Tiada apa peristiwa yang boleh mengatasi soal Anwar disumbat ke dalam penjara ini.  Bayangkanlah hidup tersiksa, disekat kebebasan dan terpaksa mengikut peraturan penjara seperti bukan manusia selama 1000 hari, apa yang lebih sukar dari itu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar