Wan Azizah “Terhegeh-Hegeh” Mengejar Najib? Sila Hentikan Penyebaran Video Fitnah Itu

November 8, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Pakatan Harapan meminta semua pihak agar menghentikan penyebaran video yang menunjukkan dimana Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, kelihatan seakan mengejar Najib dalam satu lawatan ke kawasan terjejas banjir di Penang semalam.

Menurut maklumat saksi yang berada di tempat kejadian, DS Wan Azizah tidak tahu Najib berada di majlis tersebut dan berkejar-kejar itu kerana beliau perlu melawat ramai lagi mangsa banjir di negeri tersebut yang diabaikan kerajaan persekutuan.

Wan Azizah turut membawa bersamanya bantuan dari kerajaan Pakatan Harapan Penang untuk diedarkan terus kepada rakyat yang menjadi mangsa banjir.  Dikatakan, ayam, ikan segar, sayur-sayuran yang baru turun dari Cameron Highland adalah antara barang keperluan yang disediakan kerajaan negeri untuk meringankan beban mangsa banjir di negeri tersebut.

Memandang semua ini barang-barang segar yang tidak tahan lama, Wan Azizah perlu cepat untuk mengedarkannya kepada semua mangsa banjir yang terlibat, itu yang berlari-lari tu.

Hanya secara kebetulan saja rumah yang dikunjungi DS Wan Azizah itu ada Najib di dalamnya, bukan dirancang.  Sesiapa yang mengatakan Wan Azizah terhegeh-hegeh mengejarkan Najib itu, sebenarnya adalah seorang penipu dan cuba menangguk di air yang keruh.

Dengan sokongan kuat rakyat terhadap Pakatan Harapan hari ini, Wan Azizah tidak perlu dilihat bersama Najib pun untuk menjadi popular.  Najiblah yang sepatutnya mahu Wan Azizah berada di setiap kawasan dilawatinya untuk menumpang populariti Wan Azizah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar