Bantuan RM 1 Billion Kepada Penang Bukan Punca Minyak Naik

November 10, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sumber kerajaan Penang hari ini menafikan peruntukan tambahan RM 1 billion yang diumumkan Najib untuk negeri tersebut kelmarin, sebagai punca yang membawa kepada kenaikan harga minyak sebanyak 7 sen hari ini.

Kenyataan ini bagi menafikan berita yang viral di dalam media sosial hari ini, kononnya minyak naik 7 sen untuk tempoh seminggu adalah disebabkan kerajaan mahu mencari wang bagi membiayai bantuan RM 1 billion yang diumumkan kepada Penang.  Ini berikutan tiada peruntukan RM 1 billion untuk projek tebatan banjir Penang diumum dalam Bajet 2018.

Najib kata wang RM 1 billion yang berkenaan, mungkin menggunakan sumber kerajaan persekutuan yang lain, bukan mengambil dari 7 sen setiap liter minyak yang dinaikkan.  Kenaikan 7 sen ini dibayar kepada syarikat minyak, bukan kepada kerajaan.  Disitu saja logiknya tidak ada untuk menyalahkan Penang sebagai punca minyak naik.

Dari mana pun sumber itu, ia bukanlah punca yang menyebabkan kenaikan harga minyak semalam.

Rakyat Penang tegasnya lagi tidak perlu berasa bersalah kerana ingat bencana banjir yang melanda negeri tersebut menjadi punca kepada kenaikan harga minyak.  Rakyat Penang ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah ditimpa bencana alam yang tidak dijangka, minyak pulak naik harga.

Semua ini menyukarkan kehidupan, terutama dalam menghadapi pelbagai masalah yang timbul selepas bencana banjir tempoh hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar