Bersatu Wajar Lantik Fathia Untuk Pakar Strategis Srikandi Bersatu

November 10, 2017 by Caspian

Category: editor

Kenaikan harga minyak Rabu lalu nampaknya telah melahirkan beberapa orang pejuang rakyat dari kalangan artis. Bukan senang untuk melihat artis-artis mengeluarkan pendapat mereka demi untuk membela nasib rakyat.

Sebelum ini, nama-nama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ahmad Idham, Adibah Noor, Afdlin Shauki dan Nur Fathia Latiff kerap kali menjadi sebutan di kalangan peminat mereka akibat kelantangan mereka mengutuk dan mengkritik dasar-dasar kerajaan.

Dalam ramai-ramai artis ini, Nur Fathia dilihat paling lantang bersuara sehingga memaksa deretan komen dari cybertrooper UMNO dan BN menghentam beliau.

Walaupun sebelum ini beliau dipalit dengan kontroversi menari separuh bogel di dalam applikasi Bigo, beliau tetap tampil menyuarakan hak rakyat di dalam akaun Twitter miliknya.

Sehubungan itu, adalah wajar buat Bersatu yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir yang juga idola Nur Fathia, mengambilnya sebagai pakar strategis parti. Bukan senang untuk melihat orang yang mempunyai pengaruh kuat dan artis cantik sepertinya menghentam kerajaan secara terbuka.

Tambahan pula, di dalam Bersatu, sejak Anina Saadudin meninggalkan sayap Srikandi Bersatu, sayap berkenaan seolah-olah hilang fungsinya. Justeru, hanya Fathia sahajalah individu yang dilihat mampu mengembalikan kegemilangan sayap berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar