Najib Jumpa Pemimpin Komponen BN

November 10, 2017 by Caspian

Category: politik

Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak difahamkan menemui semua pemimpin komponen BN kelmarin, untuk mengemas kini dan meneliti senarai calon untuk PRU14.

Oriental Daily melaporkan, memandangkan PRU14 semakin dekat, BN kini sedang bersiap sedia bagi menentukan calon-calon yang bakal memikul tanggungjawab mewakili parti tersebut.

“Najib yang juga Pengerusi BN akan memastikan calon dipilih bukan sahaja disenangi pengundi, tetapi juga berpeluang untuk menang.

“Penelitian ini dikatakan berada dalam saringan peringkat kedua,” tulis akhbar ini.

Sumber dalaman turut memberitahu, selepas melakukan saringan, keputusan peringkat terakhir akan dibuat pada pertengahan bulan depan.

Parlimen pada penggal ini akan dibubarkan secara automatik pada 24 Jun 2018. Oleh itu, PRU14 mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran tersebut.

Ramai yang meramalkan PRU14 kemungkinan diadakan antara Mac hingga Mei tahun depan.

Sejak akhir-akhir ini, keadaan politik semasa negara dilihat menarik apabila semua parti bersiap sedia melakukan persiapan terakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245921Total visitors:
  • Skip to toolbar