Petrol Naik Sampai 7 Sen Demi Tampung Keperluan Pulau Pinang?

November 10, 2017 by Caspian

Category: editor

Rata-rata rakyat Malaysia mengeluh dan menzahirkan perasaan berang mereka di laman sosial kerana Rabu lalu, kabinet memutuskan untuk menaikkan harga minyak petrol RON 97 sehingga 7 sen. Ini menjadikan harga runcit bahan bakar berkenaan mencecah angka RM 2.31, tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bukan setakat RON 97 sahaja, malah RON 95 dan diesel juga meningkat antara 6 sen dan 4 sen bermula rabu lalu. Ini sekaligus memberi tekanan tambahan buat rakyat Malaysia yang rata-ratanya terhimpit dengan tekanan hidup.

Ketika diminta mengulas tentang kenaikan ini, salah seorang wakil daripada DAP mendakwa, kenaikan ini dipercayai untuk menampung perbelanjaan besar yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak kepada Pulau Pinang yang dilanda bah besar, 4 November lalu.

Katanya lagi, pastinya Najib mahu mengutip semula setiap wang yang dibelanjakan untuk bantuan kepada Pulau Pinang kerana jumlah berkenaan cukup tinggi sehingga mencecah angka RM 1 bilion.

Katanya lagi, jika dihitung pada angka 4, 6 dan 7 sen berkenaan, dalam masa hanya 1 minggu, ianya boleh mencecah angka lebih kurang RM 5 juta dan tidak mustahil kerajaan akan terus menaikkan harga minyak berkenaan untuk sebulan berturut-turut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar