Harapan Johor Jangan Terlalu Ghairah

November 13, 2017 by Caspian

Category: politik

Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim

Pakatan Harapan Johor disaran tidak terlalu ghairah dalam berdepan dengan BN di Johor menjelang PRU14.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim berkata, pendekatan ‘Gung Ho’ dengan kempen popular dikhuatiri memberi kesan sebaliknya kerana sikap masyarakat negeri ini yang cukup berhati-hati dalam membuat pilihan.

“Dalam beberapa kes yang melibatkan ketirisan, kecuaian dan kelemahan kerajaan negeri, rakyat dilihat masih tenang dan tidak gusar dengan prestasi lemah kerajaan BN.

“Isu-isu seperti kos sara hidup daripada impak GST, masalah bekalan air bersih serta peluang pekerjaan, masih terus membelenggu hidup rakyat di Johor, namun rakyat masih belum menunjukkan tanda-tanda mahu melakukan perubahan radikal untuk menukar kerajaan,” katanya.

Ulasnya, kes rasuah berprofil tinggi yang turut melibatkan bekas kakitangan kerajaan negeri juga dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa rakyat bersedia untuk mendesak kerajaan melakukan reformasi yang lebih menyeluruh.

“Sikap dan persepsi rakyat sebegini harus dipandang secara serius dan berhati-hati oleh pimpinan Pakatan Harapan Johor agar dapat merumus pendekatan kempen yang lebih bijak dan berkesan.

“Pakatan Harapan Johor harus lebih sensitif dalam memahami pemikiran politik rakyat dan kakitangan kerajaan negeri Johor yang saya percaya, rakyat dan kakitangan awam dinegeri ini adalah matang, “katanya.

Akuinya, populariti Menteri Besar, Mohamed Khaled Nordin memberi kelebihan buat BN meskipun rakyat tahu bahawa masalah kepimpinan di Johor begitu meruncing.

Mahdzir berkata dalam merangka tawaran manifesto dan perubahan dasar yang baru, Pakatan Harapan dinasihatkan agar harus mengelakkan politik dalaman, menghindar konflik kepentingan peribadi atau kepartian.

Katanya, menerusi pendekatan politik yang lembut dan halus, ia boleh mencairkan persepsi negetif dan menukarnya menjadi satu keyakinan baru ibarat api dalam sekam dan diam-diam ubi berisi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar