“Itu Bukan Anjing Tapi Kambing Biri-Biri”, Jurucakap Keluarga Tun M

November 13, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Jurucakap keluarga Tun Mahathir hari ini menafikan dakwaan netizen pro UMNO kononnya seorang cucu Tun Mahathir bernama Othman bin Mirzan, bergambar sewaktu tidur sambil memeluk 2 ekor anjing, seperti yang tersiar di media sosial sepanjang hujung minggu lepas.

Menurut jurucakap tersebut, itu bukan anjing tapi adalah 2 ekor kambing biri-biri baka Collie yang hanya boleh didapati di Scotland.

Kambing jenis ini memang unik dan jarang ditemui selain begitu mahal harganya, tidak hairanlah ramai mudah salah faham dengan menyangka kan ia adalah sejenis anjing.  Hanya keluarga orang berada saja yang mampu memiliki kambing jenis ini.

Penjelasan ini diharap dapat membetulkan salah faham masyarakat terhadap keluarga Tun Mahathir.  Seluruh ahli keluarga Tun Mahathir telah dididik agar berpegang kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Adalah mustahil perkara asas seperti tidur dengan anjing ini, tidak diketahui oleh ahli keluarga Tun Mahathir.  Islam memang membolehkan umatnya untuk memegang anjing tapi untuk tujuan berburu atau menjaga keselamatan saja dan keluarga Tun Mahathir sangat faham akan perkara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar