Ketua Amanah Nafi Dakwaan Mohd Amar

November 13, 2017 by Caspian

Category: politik

Ketua Amanah nafi dakwaan Mohd Amar

Ketua Amanah Pasir Puteh, Abd Halim Mohamad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) menyerahkan kepada beliau dan seorang lagi individu berunding dengan syarikat untuk pembinaan Pasar Siti Hajar.

Abd Halim berkata, tohmahan itu dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang tular di media sosial.

Katanya, walaupun tidak menyebut namanya, petanda yang diberikan iaitu bekas Ahli MDPP dan ‘juara’ Pan (Amanah) jelas merujuk kepadanya.

“Video itu menyebabkan orang ramai menyebarkan nama saya dan seorang lagi individu yang dikatakan pegawai di MDPP, pada saya, fitnah ini hanya untuk melepaskan diri.

“Mohd Amar juga menjelaskan bahawa ‘dua ekor makhluk’ terlibat dalam reka bentuk pasar baharu di era Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan meminta orang ramai yang tidak berpuas hati marah kepada saya,” katanya.

Beliau berkata, fitnah seperti itu tidak wajar dilakukan apatah lagi dari mulut pemimpin besar yang dikatakan mewarisi kepimpinan ulamak.

Berikutan itu, Abd Halim membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh Sabtu lalu agar polis menyiasat mengikut seksyen diperuntukkan untuk kes fitnah seperti itu.

“Saya kecewa apabila dituduh sebagai pengacau yang cuba menghasut dan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan negeri,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar