PAU Cetus Daya Juang Baharu Ahli Umno

November 13, 2017 by Caspian

Category: politik

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 5 Dis depan fokus untuk mencetuskan daya juang baharu dalam kalangan ahli dan pemimpin parti Umno bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, inisiatif berkenaan dilakukan bertujuan memastikan semua jentera bermula di peringkat akar umbi sehingga ke pucuk pimpinan tertinggi parti berkenaan bersiap sedia dengan strategi dan langkah untuk memastikan kemenangan Umno pada PRU14.

“PAU merupakan platform terbaik kita terutama di peringkat pucuk pimpinan tertinggi untuk menyampaikan amanat, misi dan visi untuk menghadapi PRU14 akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu yang juga bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Dr Abdul Rahim Tamby Chik.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata pelbagai kaedah atau pendekatan akan dilakukan bagi menyemarakkan suasana sepanjang perhimpunan berkenaan selain memberikan semangat ‘winning mentality’ bagi menghadapi PRU14.

Terdahulu beliau merasmikan dewan sekolah berkenaan yang dibina dengan kos berjumlah RM350,000 dan siap sepenuhnya pada 23 Mei lepas.

Katanya dewan berkenaan diharap memberi keselesaan kepada pelajar selain menaik taraf kemudahan di sekolah berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar