Undi Karpal Bukti DAP Kukuh Julang Demokrasi

November 13, 2017 by Caspian

Category: editor

CEC DAP yang baru lalu menyaksikan sekali lagi parti berkenaan menjulang tinggi amalan demokrasi sesuai dengan nama penuh parti ini, Democratic Action Party.

Buktinya, kehadiran lebih 1,000 orang perwakilan di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam cukup memberikan satu petanda bahawa pengaruh demokrasi dalam DAP masih belum mati seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Pada waktu yang sama, ramai yang mentertawakan DAP kerana ada perwakilan yang masih mengundi bekas Pengerusi DAP, mediang Karpal Singh yang memperolehi 43 undi. Ramai yang menuduh para perwakilan DAP ini buta huruf dan sebagainya.

Namun hakikat sebenar adalah, ianya adalah arahan ROS yang meminta semua nama yang bertanding pada pemilihan tahun 2012 dan 2013 di letakkan nama pada kertas penamaan calon. Terpulang kepada pengundilah samada ingin mengundi nama mediang Karpal ataupun tidak.

Sebenarnya, apa yang berlaku semalam menampakkan betapa bebasnya ahli DAP memilih calon yang mereka sukai. Sejumlah 43 undi yang diterima oleh mediang Karpal menampakkan, amalan demokrasi cukup subur di dalam DAP.

Walaupun nama mediang Karpal tidak diletakkan di mana-mana jawatan dalam CEC DAP, namun satu perkara yang harus dibanggakan adalah, anak kesayangan mediang, YB Gobind Singh Deo tercatat sebagai penerima undi kedua tertinggi di dalam parti yang dikuasai sepenuhnya ppleh kaum Cina ini.

Inilah bukti, legasi yang ditinggalkan oleh mediang Karpal, diteruskan oleh anaknya sendiri dan ianya sekaligus memastikan pengaruh mediang Karpal kekal di dalam DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar