Undi Mendiang Karpal, Bukti Demokrasi Luar Biasa DAP

November 13, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Keputusan pemilihan DAP Sabtu lepas yang menyaksikan mendiang Karpal Singh mendapat 43 undi dari perwakilan yang datang, tidak boleh dianggap sebagai undi protes tapi bukti demokrasi luar biasa dalam parti DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.

Ini bukan benda ganjil kerana di luar negara terutama di negara-negara Eropah, perkara seumpama ini sudah biasa.  Malah, ada yang pernah menang pun terutama yang membabitkan jawatan Datuk Bandar dan sebagainya.

Hanya rakyat Malaysia yang jarang ke luar negara atau mengambil tahu hal ehwal asing yang merasakan undi diperolehi mendiang Karpal ini satu keganjilan.  Ini bukan keganjilan tapi tahap baru bila bercakap tentang demokrasi yang diamalkan dalam DAP.

Jangan terkejut jika PPBM juga satu hari nanti akan mengamalkan apa yang dilakukan DAP hari ini, terutama bila membabitkan pemilihan jawatan Pengerusi parti tersebut yang kini disandang pemimpin berusia 92 tahun, Tun Mahathir.

Tiada siapa yang lebih hebat dari Tun, kalau beliau dicalonkan sekalipun telah meninggal dunia, tiada siapa akan terperanjat kerana itulah hakikatnya.  Tun pasti diperlukan walaupun sudah tiada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar