Kakitangan Awam Penang & Selangor Yg Baca Utusan, Tengok TV3, Boleh Dibuang Kerja

November 14, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Isu jabatan awam negeri melanggan akhbar Utusan dan Berita Harian seperti yang berlaku di Selangor, tidak timbul di Penang kerana kedua akhbar milik UMNO itu dilarang terus dari memasuki negeri berkenaan.

Bukan hanya kakitangan awam negeri, rakyat Penang juga tidak boleh membaca kedua akhbar haram jadah berkenaan.  Ini bukti ketegasan kerajaan negeri dalam mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan budaya fitnah yang dibawa kedua akhbar tersebut.

Pakatan Harapan bagaimanapun memandang serius tindakan agensi milik kerajaan negeri di Selangor yang masih melanggan akhbar Utusan dan Berita Harian baru-baru ini, sekalipun ada larangan dari kerajaan negeri untuk tidak berbuat demikian.

Semua pihak dalam Pakatan Harapan bersetuju tindakan tegas perlu diambil ke atas mana-mana kakitangan awam negeri yang didapati membaca akhbar Utusan dan Berita Harian, termasuk penamatan perkhidmatan.

Malah, Pakatan Harapan juga bersetuju agar tindakan ini turut diambil ke atas kakitangan awam negeri yang menonton rangkaian TV dibawah media Prima seperti TV3.

Ini bukan soal menyekat kebebasan media tapi bagi mengekang budaya fitnah yang dipromosikan kesemua media terbabit.  Pakatan Harapan komited dengan soal kebebasan media tapi perlulah yang adil kepada Pakatan Harapan, bukan BN sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245922Total visitors:
  • Skip to toolbar