‘Ada Pihak Tidak Senang Dengan Bersatu’

November 15, 2017 by Caspian

Category: politik

Bersatu

Bersatu mendakwa ada pihak sengaja mempolitikkan isu Armada dalam usaha mengekang parti itu daripada menjadi lebih kuat.

Ketua Penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, perkara yang dibangkitkan itu tidak sepatutnya menjadi isu, kerana Armada adalah sayap kepada parti induk Bersatu yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Ternyata, apabila Bersatu sudah nampak makin kuat, ada pihak tidak senang, sedangkan setiap parti yang berdaftar mempunyai sayap dan tidak pun berdaftar dengan ROS. Bersatu ini seolah-olah anak tiri. Layanan kepada parti lain tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha Agung Bersatu beri keterangan 3 jam di ROS]

Menurutnya, mengapa isu Armada begitu difokuskan seolah-olah sayap itu sebuah pertubuhan dan perlu berdaftar, sedangkan Pemuda Umno, Wanita Umno, dan Puteri Umno juga tidak berdaftar, tetapi tidak pula menjadi masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245921Total visitors:
  • Skip to toolbar