Bersatu Perlu Segera Selesai Isu Armada

November 15, 2017 by Caspian

Category: politik

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian

Sekiranya kemelut dalam sayap pemuda Bersatu tidak diselesaikan segera, dikhuatiri memberi kesan ke atas kewujudan parti, lalu menyebabkan perkara berkaitan parti dianggap tidak sah.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, jika berlarutan secara tidak langsung memberi kesan kepada parti itu yang sememangnya berniat untuk bertanding pada PRU14.

Menurutnya, sebagai alternatif, Bersatu boleh menimbangkan sama ada menggunakan logo parti lain atau sebagai calon Bebas.

“Saya percaya, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan hanya parti sah dibenarkan bertanding.

“Jika dalam lima atau enam bulan ini, mereka tidak mampu selesaikan, saya fikir mereka perlu cari alternatif. Lagipun, permohonan pendaftaran logo Pakatan Harapan, pakatan yang disertai oleh Bersatu juga belum diluluskan,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, ROS dalam satu kenyataan memaklumkan, sayap pemuda parti Bersatu yang dinamakan Armada tidak ada dalam perlembagaan parti itu.

Sivamurugan berkata, jika Bersatu mengambil keputusan bertanding sebagai calon Bebas, keupayaan mereka untuk mendapat mandat lebih besar daripada rakyat kurang menyerlah.

Namun katanya, mereka masih boleh menumpang kekuatan menggunakan logo parti lain, apabila mendapat persetujuan bersama daripada rakan seperti DAP, PKR dan Amanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245921Total visitors:
  • Skip to toolbar