Gesa Pas Bertanding Semua Kerusi Parlimen

November 15, 2017 by Caspian

Category: politik

Salahuddin Ayub

Pas dicadangkan bertanding di semua kerusi parlimen kerana parti itu dipimpin dan disertai oleh mereka yang suci.

Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub berkata, sebagai parti yang bagus, sudah pasti rakyat akan memilih Pas untuk mentadbir negara ini dan menolak parti salah serta disertai penyangak.

“Letak semua calon di semua kerusi. Buktikan Pas ada pemimpin suci yang akan dipilih oleh rakyat mentadbir Malaysia.

“Apa yang boleh saya katakan adalah Pas ini suka melabel pihak lain dengan pelbagai nama dan mendabik dada mengatakan hanya parti mereka sahaja terbaik, parti mereka suci, dan parti yang disertai oleh manusia-manusia terpilih sahaja,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak boleh memberi harapan kepada Harapan yang menjadi pendakwa atau mengaku menjadi peguam kepada mangsa kezaliman.

Abdul Hadi mendakwa, ini kerana di dalam Harapan ada pemimpin penyangak yang dahulu bersengkongkol kepada punca masalah negara.

Mengulas perkara tersebut, Salahuddin menyindir Abdul Hadi dengan mengatakan Pas dan ahlinya bukan pendosa, sebaliknya orang lain selalunya salah.

“Saya bersetuju dengan kenyataan Abdul Hadi yang kata orang lain penyangak dan berdosa. Tapi saya ingin ulangi, sila buktikan anda itu pilihan rakyat kerana kebaikan yang ada pada anda.

“Satu lagi, sila yakinkan rakyat juga bahawa parti lain itu terdiri daripada penyangak. Nyatakan siapa dan berikan bukti kepada umum,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245921Total visitors:
  • Skip to toolbar